Kelas Keusahawanan Bersama Mary Kay
16 Disember 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 14 hingga 15 Disember 2019, Pusat Internet Engkilili telah menjalankan kerjasama dengan Penasihat kecantikan MaryKay iaitu Cik Diana Lo. Kelas keusahawanan bersama MaryKay ini telah diadakan selama 2 hari dan telah dihadiri seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada golongan wanita.
Kelas pada hari pertama adalah kelas solekan menggunakan produk Marykay. Manakala kelas pada hari kedua adalah kelas penjagaan kulit menggunakan produk MaryKay. Pada hari pertama kelas ini dimulakan dengan sesi berkenalan di antara para peserta dan juga menyatakan tujuan mereka menyertai kelas keusahawan bersama MaryKay. Kemudian kelas disambung dengan pengenalan dan taklimat daripada Cik Diana Lo mengenai MaryKay dan cara menjalankan perniagaan melalui MaryKay. Selepas taklimat daripada Cik Diana Lo, peserta telah ditayangkan dengan video Klik Dengan Bijak. Di penghujung kelas Cik Diana Lo membuat demonstrasi make up menggunakan produk MaryKay.
Pada hari kedua Cik Diana Lo telah memberi tunjuk ajar cara menjaga kulit muka menggunakan produk MaryKay. Kemudian kelas diteruskan dengan cara dan strategi pemasaran dalam perniagaan MaryKay.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: